Home Ekonomi Shell berjaya keluar gas dari medan Gorek

Shell berjaya keluar gas dari medan Gorek

KUALA LUMPUR – Sarawak Shell Berhad (SSB) berjaya membuat pengeluaran pertama gas dari medan Gorek di bawah kontrak pengeluaran perkongsian SK408 pada 24 Mei lalu.

Walaupun terdapat kesan signifikan terhadap mobilisasi sumber daya serta kru pembinaan dan pentauliahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh pandemik Covid-19, gas pertama berjaya dikeluarkan lebih awal daripada jangka masa yang ditetapkan.

Medan Gorek yang dikendalikan oleh Shell di bawah SK408 PSC adalah yang kedua daripada tiga projek pembangunan ladang SK408 Larak, Gorek dan Bakong.

SapuraOMV adalah pengendali medan Larak dan Bakong di bawah PS408 SKC yang sama.

Telaga Gorek platform terletak 145 km di luar pesisir Malaysia dengan kedalaman air 88 meter.

”Kejayaan ini adalah hasil kolaborasi yang sangat baik antara pihak berkepentingan utama kami, Petronas dan rakan PSC SK408 – SapuraOMV Upstream dan Petronas Carigali Sdn Bhd, kontraktor, vendor dan pelbagai pasukan sokongan dalam Shell, yang dipimpin oleh pasukan projek Gorek.

”Pencapaian ini sempena ulang tahun ke-110 perniagaan huluan Shell di Malaysia tahun ini,” kata Ivan Tan, Naib Presiden Huluan Shell Malaysia,” katanya di sini. – MalaysiaGazette