KUALA LUMPUR – Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah yang ditawarkan jutaan ringgit.
Wang itu dikatakan sebagai habuan’bagi ADUN-ADUN Sabah itu menukar sokongan sehingga jatuhnya kerajaan negeri di situ semalam.
“Kami di C4 sungguh terkejut bagaimana krisis serta perkembangan politik yang akhirnya menyebabkan DUN Negeri di bubarkan. Sesuatu yang langsung tidak dijangkakan.
“Apakah satu keperluan ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 dengan keadaan rakyat jelata sedang menderita sana sini dengan juta hilang kerja, padahal ahli politik pula sibuk bermain politik permainan cukup berbahaya?
“Pada masa sama, C4 agak terganggu dengan dakwaan adanya beberapa ADUN di negeri itu yang di ugut, tidakkurang juga ada yang ditawarkan pula jutaan ringgit untuk berubah sokongan dari Datuk Seri Shafie Apdal kepada Tan Sri Musa Aman.
“Kami mohon sangat kepada SPRM untuk segera siasat semua dakwaan-dakwaan ini, hakikatnya kecenderungan tawar wang serta jawatan mahupun kuasa sebenarnya satu ancaman bahaya negara berdemokrasi ini.
“Malah rakyat menganggapnya sebagai satu perbuataan cukup menjijikan dan langsung tidak sihat, mohon SPRM bertindak segera,” katanya..
Sambung kenyataan itu, sejak beberapa minggu kebelakangan ini terutamanya pertengahan bulan Jun, banyak juga pendedahan wakil rakyat oleh individu atau ejen tidak dikenali yang cuba memujuk mereka tukar sokongan atau ‘lompat’.
“Antaranya wakil rakyat Lahad Datu (Warisan), Dumi Pg Masdal dirinya telah menerima tawaran RM25 juta dari individu tidak dikenali untuk lompat parti.
“Bagaimana pula dengan kes ADUN Kepayan, Jannie Lasimbang yang dakwa ada tiga individu telah ke rumahnya minta tukar sokongan baru-baru ini?
“Bukan itu sahaja, semua wakil rakyat DAP di Sabah juga mendakwa kepada media mereka telah ‘di gangu’ serta di tawarkan duit serta jawatan dengan syarat meninggalkan kerajaan di terajui oleh Shafee Apdal.
“Menteri Belia dan Sukan Sabah, Ginger Phoong juga dakwa dirinya telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki Cina yang ditawarkan jawatan Timbalan Menteri sekaligus ‘memperkenalkan’ dia kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus?
“Jika benar, tindakan membeli sokongan seperti ini sungguhlah mengecewakan dan menjijikan,” tegasnya.
Soal C4 lagi, adakah pengguguran 46 tuduhan rasuah terhadap Musa Aman baru-baru ini sebenarnya mempunyai agenda jauh lebih besar dengan menumbangkan kerajaan sebelum ini supaya boleh di angkat menjadi Ketua Menteri Sabah menggantikan Shafie.
“SPRM perlu bertindak tanpa sedikit rasa takut bagi mendedahkan kebenaran-kebenaran ini, tidak adanya pilih kasih dan hanya tanggungjawab,” cabar C4 lagi. –MalaysiaGazette
Masa sapie rampas dari Musa xda ugutan @ tawaran lumayan kah ?
Mane laporan polis jika benar adun katak ni di ugut.. ini semua propa safe n pkr n dap saja.. rakyat dah nampak penipuan kamu..
tak perlu la c4 ni nak jadi hero..sendiri pun tak jujur
haaaa anjing PH dah mula menyalak ni…masa korang jatuhkan kerajaan BN yg dipilih oleh rakyat, ko tak menyalak plak? Kes rasuah Shafie Afdal ko diam mcm patung..kes skadal tanah Timbalan Ketua Menteri Sabah pompuan Cina tu ko bisu mcm babi tertelan batu…musibat punya manusia
Bila terkena batang hidung sendiri terus membebel…masa Musa Aman nape jebon ni senyap macam tertelan perahu layar saja. Cuba ambil contoh c Ewon tu yg baru pertama kali menang diberi jawatan menteri penuh Sabah…petanda berlaku rasuah jawatan…kenapa C4 senyap.
C4=NAJIS
Oh C4 tu anjing PH ye. Masa Warisan plus PH bentuk kerajaan pintu belakang/Tebuk Atap masa PRU 2018 tu tak suruh SPRM siasat. Yang melompat tu dapat habuan ke atau kena ugut. Kenapa C4 bisu. Sebab C4 pun rasuah /dapat habuzn kot.
Bila Sapie pilih untuk bubar DUN tak pula ko pikir itu membazir wang rakyat. Walhal jumlah yang akan digunakan nanti untuk PRN nanti adalah jauh lebih besar dari jumlah sogokan yg belum tentu wujud.