KUALA LUMPUR – Apakah DAP sudah lupa atau berpura-pura lupa bila dan bagaimana kerajaan negeri Sabah dibentuk?
Demikian teguran terbuka Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa kepada DAP.
Reaksi Ahli Parlimen Ketereh itu hadir selepas DAP dalam ciapan di akaun Twitter DAPMalaysia mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “Sabah Deserves Better than Musa Aman”.
Ahli Parlimen Ketereh itu juga menyambung dengan komen beliau bahawa sememangnya Ketua Menteri sekarang iaitu Datuk Seri Shafie Apdal bukan pemimpin yang diidamkan bangsa Sabah.
“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dia (Shafie Apdal) sendiri pun menolak dia..Pengundi Kimanis juga sudah tolak dia(Shafie Apdal),” ujarnya dalam ciapan beliau.
Dalam status ciapan akaun Twitter rasminya itu, DAP mendakwa Musa Aman begitu terdesak untuk menngambil semula Sabah dari rakyat Sabah.
“Dia kini mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk mengambil alih dan membentuk kerajaan negeri yang baharu.
“Tetapi kita tertanya-tanya apa tawaran yang dibuat (Musa Aman) kepada pengkhianat untuk mencapai matlamatnya,” bunyi ciapan DAP itu.
Dalam ciapan berbeza, Annuar turut mengingatkan bahawa kerajaan negeri Sabah dibentuk oleh Shafie selepas membawa ‘katak-katak’ menyertainya.
“Sekarang dia sedar katak-katak itu telah melahirkan lebih banyak katak,” katanya- MalaysiaGazette
DAP mencari secara terbuka para penyokong yang amat bodoh untuk melicinkan penipuan dalam runtuhnya kuasa Shafie Aphdal di Sabah kerana ADUN negeri itu telah mengkhianati pengundi berpaling tadah menyokong kerajaan Pakatan Nasional.
Fakta sebenar keputusan PRU lalu BN bersama party rakan menang 31 kerusi dan Shafie bersama rakannya hanya 29 kerusi kemudian entah apa tawaran Shafie kepada ADUN BN sehingga menyokong dia menjadi KM Sabah, masa itu tiada kamus DAP perkataan “Pengkhianat Rakyat”.
Bila terjadinya “Peralihan ADUN” Sabah tidak menyokong Shafie tetiba kamus DAP ujud begitu segera perkataan Pengkhianat Rakyat. Harap penyokong DAP yang amat bodoh TIDAK terlambat untuk mula belajar. Begitu akhirnya DUN Sabah dibubar kerana takut perkara KEDAH mendarat di Sabah.
Tahniah TSMusa,strategik Bijak sungguh chekmatekan Shafie n Dapigs
Tang dia tuduh Musa Aman tawarkan sesuatu tu yang tak tahan tu. Asalkan parti bangsa lain saja, hampa kata amal rasuah. Sedangkan hampa tau siapa paling kuat main duit nak capai sesuatu?