Home Dunia 2,050 individu ditahan cuba lakukan ibadah haji tanpa permit

2,050 individu ditahan cuba lakukan ibadah haji tanpa permit

Jemaah haji diminta mematuhi prosedur kesihatan yang dilaksanakan pihak berkuasa di Arab Saudi untuk melindungi mereka, anggota keluarga dan jemaah lain.-Gambar hiasan.

MEKAH – Seramai 2,050 individu ditahan kerana cuba memasuk Mekah tanpa permit haji, kata seorang jurucakap Pemerintah Angkatan Keselamatan Haji.

Jurucakap itu menambah, hukuman ditelah dikenakan ke atas mereka kerana cuba mengerjakan haji dengan melanggar langkah berjaga-jaga terhadap penularan koronavirus dan melanggar protokol pencegahan virus tersebut, lapor Saudi Gazette.

Pihak berkuasa telah mengenakan kawalan keselamatan yang ketat di sekitar tanah suci bagi melaksanakan peraturan yang telah ditetapkan dan menahan mereka yang melanggar undang-undang semasa musim haji, tambah jurucakap itu. – Agensi