KUALA LUMPUR – DAP semakin keterlaluan dan sangat melampau sekarang.
Malah lebih malang umat Islam di negara ini terpaksa menerima berita seperti ini ketika sambutan Hari Raya AidilAdha.
Begitulah luahan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berhubung tindakan parti itu memfailkan permohonan di mahkamah dalam isu tulisan jawi di negeri itu.
Kata Nazri, perbuatan mencabar ketetapan Kerajaan Negeri bagi mewajibkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di seluruh Pahang sesuatu yang tidak boleh di terima langsung.
“Adalah amat keterlaluan dan sangat melampau wakil rakyat DAP ini menuduh Kerajaan Negeri Pahang memaksa pemilik perniagaan, NGO atau mana-mana pihak untuk melaksanakan penggunaan tulisan jawi tersebut.
“Malah ini jelas mencabar titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah agar penggunaan tulisan jawi diperluaskan di papan tanda jalan.
“Juga di premis perniagaan dan perumahan di seluruh Pahang, demi memartabatkan semula tulisan itu yang semakin terpinggir,” katanya.
Nazri mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui yang bertindak memfailkan permohonan di mahkamah baru-baru ini.
Kata Nazri, tindakan Yu Hui jelas menunjukkan sikap dan sentimen ADUN DAP itu terhadap orang Melayu yang perlu disedari semua.
“Kita telah melihat bagaimana sikap pihak tertentu terhadap penggunaan tulisan jawi sebelum ini telah membangkitkan reaksi dan suasana ketidakharmonian oleh pihak lain.
“Adalah malang bagi kehidupan rakyat pelbagai kaum di negara ini apabila ketika keadaan itu mula kendur ada pula perkara sebegini.
“Ada lagi pemimpin DAP yang dilihat seolah-olah ‘cuba menyimbah minyak panas’ yang dikhuatiri boleh mencetuskan rasa tidak puas hati pihak lain,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Haramkan sahaja DApigs… Lahanat