KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu terima hakikat parti itu tidak mampu wujud di Sabah tanpa UMNO.
Ini kerana kewujudan parti itu adalah akibat aktiviti lompat parti yang memberi kekuatan kepada Bersatu di Sabah dan bukannya kekuatan akar umbi semata-mata.
Oleh itu, 45 kerusi yang diminta oleh Bersatu Sabah adalah permintaan yang keterlaluan.
Ketua Penerangan, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Muhammad Shaqib Shahrilnizam berkata, Bersatu Sabah dan Exco Armada, Muzzammil Ismail sememangnya bersikap lebih sudu daripada kuah.
”Ingatlah tempat Bersatu di dalam politik Sabah, jikalau tanpa UMNO Sabah mana mungkin Bersatu Sabah mampu wujud di utara Borneo.
”Muzzammil harus mengukur baju di badan sendiri, jangan sampai gilakan kuasa, hilang segala-galanya.
”Dengan ini, saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai mengutuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Muzzammil dan Bersatu Sabah serta memberi sokongan penuh terhadap Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, saf kepimpinan UMNO Pusat dan Sabah,” kata Muhammad Shaqib dalam satu kenyataan ini.
Beliau mengulas kenyataan Muzzammil yang meminta Shahril Sufian Hamdan jangan celupar selepas Ketua Penerangan UMNO itu menasihatkan Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor supaya ‘jangan bermimpi’ selepas menyatakan hasrat partinya untuk bertanding 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Malah, Muzzammil turut menyoal Shahril dengan menyatakan “lupakah UMNO rebah di Sabah pada PRU14?”
Muhammad Shaqib berkatam kenyataan yang dibuat oleh Muzzammil bahawa “kita kena bijak mengatur politik di sini” menunjukkan Bersatu hanya memikirkan politik mereka tanpa had dan membelakangkan keutamaan rakyat.
Seharusnya, kata beliau, Bersatu Sabah dan Muzzammil berhenti bersifat amatur dan bergerak bekerja untuk untuk rakyat. – MalaysiaGazette
Wah!!!! Besar kepala nampak Bersatu ni…