BERLIN – Borussia Dortmund bersetuju untuk menerima bayaran ansuran daripada Manchester United untuk Jadon Sancho.
Laporan di Jerman berkata, kelab Bundesliga itu bersetuju dengan cadangan kelab England itu yang mahu menjelaskan yuran £108 juta pound dalam bentuk tiga bayaran secara ansuran.
Ole Gunnar Solskjaer mengintai serius pemain berusia 20 tahun itu sejak awal musim ini tetapi Dortmund tidak bersedia mengurangkan kluasa pelepasan bernilai £108 juta pound yang ditetapkan untuk bintang muda England itu.
Lagipun kelab Jerman itu mahu Manchester United menjelaskan yuran itu dalam sekali bayaran.
Bagaimanapun cadangan the Red Devils pula memujuk Dortmund untuk menjelaskan yuran Sancho secara ansuran dalam bentuk tiga pembayaran.
Manchester United dijangka menjelaskan bayaran pertama berjumlah £63 juta.
Manakala bayaran kedua adalah bernilai £27 juta pound dan bayaran ketiga £18 juta pound.
Idea berkenaan dikatakan sudah membuahkan hasil dalam memujuk Dortmund dan pembelian Sancho dijangka dimuktamadkan dalam beberapa hari lagi.
Mengikut pelan asal di Old Trafford, Solskjaer mahu menurunkan pemain itu ke Theatre of Dreams sebelum liga domestik musim 2020/21 membuka tirai 12 September ini.
Namun untuk Man United tarikh aksi pertama liga belum disahkan memandang kelab berkenaan bersama dengan Arsenal dan Wolverhampton masih beraksi dalam kejuaraan Liga Europa.-MalaysiaGazette