Home Ekonomi AirAsia tawar diskaun 20% untuk penerbangan domestik

AirAsia tawar diskaun 20% untuk penerbangan domestik

KUALA LUMPUR – Selari dengan peningkatan perkhidmatan penerbangan domestik, AirAsia menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan di dalam negara.

Tempahan tersedia di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula sekarang sehingga 9 Ogos 2020, untuk tempoh perjalanan antara 17 Ogos dan 6 Disember 2020.

Para penumpang juga boleh menikmati lebih penjimatan melalui SNAP yang menawarkan diskaun tambahan sebanyak 25% untuk penerbangan dengan jaminan nilai terbaik untuk kombo penerbangan dan hotel.

Kombo ini termasuklah penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama tiga hari dua malam. Terbang dan nikmati penginapan di Vivanta Resort Langkawi, The Prestige Hotel Penang dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, AirAsia menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan di Malaysia supaya semua orang boleh terbang dengan harga berpatutan.

Promosi ini juga tepat pada masanya untuk para pelajar universiti, ibu bapa dan pensyarah yang perlu melakukan perjalanan untuk semester yang akan datang.

“Kami turut menggalakkan semua tetamu untuk berwaspada dan mengikuti semua langkah keselamatan seperti memakai pelitup muka sepanjang masa, membersihkan diri dan mencuci tangan secara kerap serta tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan,” tambah beliau.

Jika penumpang melakukan sebarang perubahan pada rancangan perjalanan, AirAsia juga menawarkan perkhidmatan yang lebih fleksibel dan menawarkan mereka perjalanan sehingga 31 Disember 2020, kelebihan untuk mengubah tarikh penerbangan mereka dengan mudah pada bila-bila masa tanpa bayaran pertukaran penerbangan. – MalaysiaGazette