ITALI – Juara Serie A musim ini, Juventus dilaporkan berminat untuk mendapatkan pertahanan Manchester United, Chris Smalling dan bersedia untuk menawarkan pertukaran pemainnya, Federico Bernardeschi dengan pemain pertahanan tersebut.
Nama Smalling kini masih menjadi spekulasi selepas dia menampilkan prestasi yang cemerlang dengan AS Roma sepanjang musim ini hingga menyebaakan kelab mahu mendapatkan pemain itu secara tetap.
Namun begitu, United hanya akan melepaskan pemain pertahanan berusia 30 tahun itu dengan nilai perpindahan sebanyak £18 juta namun begitu Roma hanya dapat mengeluarkan dana tidak lebih dari £16 juta.
Calciomercato melaporkan,proses rundingan antaraUnited dan Roma dikatakan tidak mencapai kata sepakat hingga membuatkan Juventus dilaporkan memanfaatkan peluang untuk mendapatkan khidmat Smalling musim panas ini.
Juve mahu mengemukakan cadangan pertukaran pemain di mana mereka akan memasukkan nama Bernardeschi dalam sebahagian perjanjian.
Bernardeschi sengaja dimasukkan oleh Old Lady keranakelab itu sedar United ketika ini sedang mencari pemain tambahan di barisan depan mereka musim depan.
Sepanjang musim ini, Bernardeschi terpaksa bersaing dalam pasukan utama Juventus yang dilatih oleh Maurizio Sarri wlaupun mampu mencatat 37 penampilan di semua pertandingan.
Namun bekas pemain Fiorentina itu banyak menghabiskan masa dengan memulakan permainan dari bangku simpanan.
Kontrak Bernardeschi bersama Juventus berkuat kuasa sehingga Jun 2022 dan buat masa ini tiada penawaran perpanjangan kontrak untuk pemain itu. – MalaysiaGazete