Home Ekonomi Harga minyak dunia naik lebih 1%

Harga minyak dunia naik lebih 1%

NEW YORK – Harga minyak naik lebih daripada 1% dipacu oleh data ekonomi yang positif dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Asia.

Namun para pelabur masih kekal bimbang kenaikan kes Covid-19 di peringkat global selain isu lebihan bekalan daripada OPEC.

Harga minyak mentah Brent didagangkan AS$44.15 setong naik AS$0.63 atau 1.5% manakala West Texas Intermediate (WTI) pula naik AS$0.74 atau 1.8% kepada AS$41.01 setong.

Aktiviti pengeluaran AS meningkat kepada paras tertinggi hampir 1 1/2 tahun pada bulan Julai ekoran kenaikan tempahan meskipun kes jangkitan Covid-19 melonjak, kata Institut Pengurusan Bekalan.

Tinjauan serupa menunjukkan aktiviti pembuatan di seluruh zon euro berkembang bulan lalu untuk pertama kalinya sejak awal 2019, sementara data pembuatan positif di Asia juga memacu harga minyak.

Anggota OPEC dan sekutunya telah mengurangkan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari sejak bulan ini Mei.