TERKINI : ISU Conteng Mural “Masih Dalam Siasatan” – Ketua Polis Selangor

Polis mengakui kualiti rendah rakaman video kamera litar terrtutup (CCTV) di lokasi kejadian menconteng mural potret pemimpin negara menyukarkan proses pengecaman wajah suspek.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, rakaman CCTV itu telah dirujuk kepada khidmat pakar profesional bagi mengenalpasti identiti dan wajah suspek dalam kejadian di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 , Shah Alam 20 Julai lalu.