KOTA BHARU – Tiga sungai utama di Kelantan mencatatkan paras berjaga-jaga sehingga pukul 10 pagi ini berikutan hujan lebat yang melanda kawasan hulu Kelantan sejak semalam.
Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://infobanjir.water.gov.my/, Sungai Galas di Dabong berada pada paras 34.15 meter berbanding paras berjaga-jaga 32.00 meter.
Selain itu, Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 27.90 meter (paras berjaga-jaga 27 meter) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pula adalah 20.02 meter (paras berjaga-jaga 20 meter).
— BERNAMA