LONDON – Pemain sayap Valencia, Ferran Torres sah menjadi milik Manchester City dengan kontrak selama lima tahun.
Torres adalah pembelian pertama City dalam tempoh perpindahan musim panas dan pemain berusia 20 tahun itu diikat dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai £20.9 juta (RM115.29 juta).
” Apatah lagi, Pep (pengurus) mengamalkan corak terbuka, gaya agresif yang saya sukai dan dia juga seorang pengurus yang sudah terbukti mempunyai rekod baik dalam meningkatkan (kemampuan) pemain,” kata Torres memberitahu laman sesawang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Guardiola kini memperkuatkan skuadnya apabila terlepas gelaran Liga Perdana Inggeris di tangan Liverpool pada musim ini.
Selain itu, mereka juga bersetuju dengan yuran perpindahan sebanyak £41 juta (RM226.17 juta) bagi mendapatkan khidmat pertahanan Bournemouth, Nathan Ake.
Torres membuat 44 penampilan bersama Valencia musim lalu dengan menghasilkan tujuh gol.
Sementara itu, City menamatkan musim dengan 18 mata di belakang Liverpool yang secara rasmi dinobatkan selaku jaura pada Jun selepas tiga bulan saingan tergendala susulan penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette