Home Nasional Bendera terbalik: Kenyataan bela Hang Soon tidak profesional

Bendera terbalik: Kenyataan bela Hang Soon tidak profesional

Aminuddin Yahaya

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mah Hang Soon disifatkan tidak profesional dalam memberikan reaksinya berhubung peristiwa pemasangan Jalur Gemilang yang terbalik di sebuah sekolah di Klang.

Malah, beliau juga tidak matang selain memberikan jawapan balas yang mencurigakan kerana membela alasan ‘tidak sengaja’ daripada pihak sekolah terbabit yang dianggap sebagai alasan lapok.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berkata, insiden seumpama itu sudah berlaku sejak di zaman pemerintahan Pakatan Harapan dan berulang setiap tahun.

“Ia berlaku ketika bulan kemerdekaan dan bukan satu kebetulan apatah lagi sesuatu yang tidak disengajakan.

“Lebih parah lagi ialah apabila netizen marah kerana peristiwa ini berlaku di sekolah vernakular cina.

“YB Timbalan Menteri bersungguh-sungguh pula mempertahankan seolah-olah itu adalah satu ‘serangan’ terhadap kaum tertentu. Siapa ‘kaum tertentu’ yang dimaksudkan itu?

“Apa yang beliau risaukan sebenarnya. Kemarahan rakyat terhadap ‘kaum tertentu’ atau ke atas ‘institusi’ sekolah vernakular itu sendiri. Apakah ada sesuatu yang disorokkan?,” solanya.

Aminuddin berkata, apa yang mencurigakan ialah apabila Hang Soon sendiri yang membalas komen netizen itu sambil menyatakan ia berlaku disebabkan pekerja sekolah yang memasang bendera secara terbalik itu dan merupakan seorang Melayu.

Ujarnya, dalam hal tersebut tidak kira siapa kaum itu kerana yang salah tetap salah.

“Saya sudah banyak kali dilabel rasis apabila mengkritik politikus-politikus MCA, DAP dan Gerakan tetapi tidak mengapalah.

“Jika menyatakan kebenaran bagi menyedarkan anak watan, saya terima sahaja tohmahan ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Bendera terbalik disebabkan kecuaian pekerja am pasang seorang diri

 

4 Komen

  1. Tu sebb bangsa apek ni tak blh jadi menteri utk bangsa di mlysia ini, sbb apek2 ini akn myokong bangsa dia , bng bangsa mlysia..so pihak krjaan kena fikir byk kali apbila nk lantik bngsa bukn bumi jadi menteri..supya pkra membela bngsa tu tdk berlaku..skrg ini kita bela bngsa mlysia , bkn bngsa cina shja..mrnteri mcn ni tak blh jadi menteti..

  2. Sikap pelampau melayu rasist spt ngo ini yg acap kali brsikap curiga trhadp bgsa lain tdk sesekali membntu keharmonian kaum dn agama dinegara ini..

  3. Ingtkn masa Ph ja brlaku… PN lgi terok
    Mana dia pejuang2 Melayu yg dulu kemain garang.. Sekarang menikus setelah dpt kuasa…bi na wey

Comments are closed.