Home Ekonomi Affin perkenal program FAIR bagi pelanggan terjejas akibat Covid-19

Affin perkenal program FAIR bagi pelanggan terjejas akibat Covid-19

KUALA LUMPUR Affin Bank Berhad (AFFINBank) dan Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN Islamic) mengumumkan inisiatif pelepasan kewangan dikenali sebagai program Financial Assistance and Instalment Relief (FAIR) untuk para pelanggannya yang terjejas oleh kesan pandemik Covid-19 menjelang berakhirnya tempoh moratorium pinjaman selama enam bulan pada 30 September ini.

Program FAIR adalah penyelesaian bantuan kewangan yang disesuaikan dengan profil dan keadaan semasa para pelanggan dalam waktu yang mencabar ini, untuk pelanggan dari pelbagai segmen iaitu individu, pelanggan PKS dan korporat, kata kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Affin Bank Berhad.Wan Razly Abdullah Wan Ali.

Para pelanggan boleh datang berjumpa dengan bank dan membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan bagi memastikan kelangsungan kehidupan peribadi atau perniagaan mereka.

”Dengan program ini, para pelanggan kami yang terjejas boleh menangguhkan pembayaran pinjaman mereka, memohon untuk pengurangan bayaran ansuran atau menstruktur semula pinjaman mereka buat jangka masa tertentu berdasarkan kes, untuk membantu mereka dalam tempoh pemulihan Covid-19 ini,” katanya. – MalaysiaGazette