Home Nasional Rayer ‘cari gaduh’ dengan Halimah

Rayer ‘cari gaduh’ dengan Halimah

Halimah Mohamed Sadique

KUALA LUMPUR – Sesi penggulungan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique diganggu Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini.

Sejurus memulakan sesi penggulungan itu, Rayer bangkit mencelah dengan meminta penjelasan mengenai isu perobohan kuil.

“Sebelum menteri membuat penggulungan, ketika saya berbahas mengenai isu ini, Timbalan Speaker (Datuk Seri Azalina Othman Said) telah mengajukan soalan itu kepada menteri dan minta beliau menjawab,” soal Rayer.

Halimah yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, beliau akan menjawab isu berkenaan dalam sesi penggulungan beliau.

“Saya belum jawab lagi sila duduk. Lepas itu saya jawab. Ini pentas saya,” tegas Halimah.

“Ini berkaitan isu perobohan kuil. Adalah menteri akan jawab,” gesa Rayer lagi.

Perkara itu mendapat perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.

Beliau meminta untuk Rayer duduk dan tidak mengganggu sesi penggulungan menteri.

“Saya minta Jelutong duduk dulu. Ini pentas Menteri,” arah Rashid dan kemudiannya  Halimah menerangkan sekiranya ada ahli-ahli Parlimen yang ingin membangkitkan sebarang isu, beliau sedia untuk menjawabnya.

“Kalau ada isu yang berbangkit saya sedia jawab tapi jangan bersikap sebegini. You sit down. Saya sedang nak menjawab. Kalau Jelutong asyik bercakap sahaja bagaimana saya nak jawab,” tegas Halimah lagi.

Rayer bangun lagi dan mempersoalkan tindak balas Halimah itu dan menganggap menteri berkenaan bersikap bengis.

“Kamu bukan bengis juga ke? Cara kamu bangkitkan isu pun buat orang marah. Nak bangkit apa pun sila, tapi saya baru nak mula, jadi duduk dahulu.

“Saya bagi keutamaan bagi yang menyentuh kementerian saya. Yang nak naik marah ini apa hal? Jangan nak provok saya lagi,” jelas Halimah.

Rayer menafikan membuat provokasi terhadap Halimah dan mempersoalkan kenapa menteri berkenaan bersifat emosi.

Halimah kemudiannya menasihatkan agar Rayer menunggu jawapan daripada beliau.

“Jelutong tunggu jawapan saya. Kami mengganggu perjalanan jawapan saya,” kata Halimah lagi.

Ia kemudiannya dileraikan Rashid dan Halimah meneruskan sesi penggulungannya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Rule ada, dipertuan dewan je sengal.. sape je mencelah kasi out.. tengok pun naik menyampah..

  2. Lutong tu bodoh!! Otak kat jubo… Kurang ajar!! Biadab!! Pastikan lepas pru15..lutong tiada dalam parlimen.

  3. Rayer si Jelutung ni x faham adap parlimen ke?? Setiap kali ada persidangan asyik mengganggu je. Belum habis MP beri ulasan dan pergulungan kerjanya mengganggu je. Jenis x faham bahasa. Suka mainkn sentimen agama dan kaum. Nk tunjuk jaguh lh kononnye??? Tak layak jd MP manusia bergelar Rayer. Nama saja lawyer tp kurang cerdik.

Comments are closed.