LUBNAN – Letupan besar yang berlaku di Beirut dikhuatiri menimbulkan kekurangan bekalan makanan di kebanyakan negara import yang mengimport sumber makanannya.
Tragedi yang berlaku pada Selasa lalu mengorbankan beratu-ratus mangsa dan mencederakan yang lain, berlaku di sebuah gudang bijirin di bandar pelabuhan itu.
Letupan itu menyaksikan bijirin dengan kapasiti 120,000 tan musnah.
Kerajaan berkata, kemudahan-kemudahan penyimpanan kebanyakannya kosong dan stok yang tinggal pun tidak dapat digunakan.
Kebanyakan makanan berada di pelabuhan yang mengendalikan 60% import Lubnan rosak, menurut Bob Jabra, rakan kongsi kepada Ibrahim Jabra dan Sons.
Syarikat ini kehilangan 10 kontena beras atau 250 tan.
Gabenor Beirut menganggarkan kos kerugian mencecah AS$3 bilion hingga AS$5 bilion.
“Kerosakan teruk di pelabuhan dan ia mengambil masa lama untuk diperbaiki dan dibina semula,” kata Menteri Kerja Awam, Michel Najjar.
Pada masa ini, Tripoli yang menjadi bandar kedua terbesar akan dijadikan pelabuhan alternatif, turut disokong oleh Sidon dan Tyre.
Lubnan mempunyai bekalan bijirian mencukupi untuk enam minggu, sekaligus tidak mengalami kekurangan bekalan yang ketara, kata Ahmed Hatteet,
“Tepung masih dalam pasaran dan ada yang dalam perjalanan ke Lubnan. Oleh itu tiada krisis roti dan tepung,” kata Raoul Nehme yang juga Menteri Ekonomi dan Perdagangan. – MalaysiaGazette