Home Politik Tindakan kepada pihak guna logo Bersatu Blackout – Hamzah

Tindakan kepada pihak guna logo Bersatu Blackout – Hamzah

Setiausaha Agung PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan logonya termasuk logo “Bersatu Blackout”.

Setiuasaha Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penyalahgunaan logo parti satu kesalahan jenayah mengikut Seksen 50(3) Akta Pertubuhan 1966.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi RM3,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, menurut Hamzah, Bersatu juga akan mengambil tindakan tegas terhadap sama ada calon parti atau ahli parti yang menyalahgunakan logo Bersatu termasuk tindakan membatalkan pencalonan dan mengambil tindakan disiplin termasuk memecat keahlian mereka yang terlibat.- MalaysiaGazette