FITNAH dan Rosakkan Imej Polis… ISU “Premis Judi dan Rokok Seludup” | EDISI MG 8mlm – 9 Ogos 2020

Dakwaan wujud kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang tular dalam laman sosial Facebook petang semalam hanya tohmahan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis mengenai kewujudan premis judi dan penjualan rokok seludup oleh warga asing dari Aceh, di kawasan berkenaan.

Menurut Shafa’aton, tindakan pengadu itu memuat naik 2 video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, PDRM serta Ketua Polis Selangor.

10 Komen

  1. Jika mahu pulihkan kembali imej polis, sila tutup semua pusat judi dan arak haram di seluruh malaysia. Tunjukkan kepada kami yang anda benar-benar prihatin!

  2. betul tu ZZ… jgn lupa tutup budget hotel jugak jadi sarang pelacuran… polis dgn PBT ada bran ka?

  3. Biasalah… umpama “anak sendiri mati kelaparan tapi kera dihutan disusukan.”.. Pengadu tu ..anak jati org situ… bila diberitahu kepada pihak berkuasa.. tiada tindakan…Last2 ..guna kuasa viral ..baru berkesan…

  4. apabila dah tular, nafi bulat2 tanpa pertimbangan dan tindakan yang rasional, lagilah punah imej polis! Marhaen zaman IT, jangan di perkecilkan.. siapa nak ngaku berak d tengah jalan!

  5. Kak aton…..

    Jng cepat latah…opocot!!!

    ….periksa dulu!!!!

    …..dari jln cerita bro janggut…dia dah mcm aduan sampai ke peringkat paling tinggi. Cuma tak jumpa YDPA aje lagi.

    So…..bila dah jadi viral…..kak aton nak melatah. Patutnya kak aton panggil bro janggut ni. Tanya dia ….apa cite!!

    Adihhhh….kak aton, kak aton.

  6. Kami harap ktua polis sg bolh tu di tukar tak lyk dia jadi ktua polis sg buloh..tak tegas..byk pkara phk di lindungi..jgn duk lindungi puak2 ko..mmg puak2 buncit peruk sudah mkn rasuah..mmg sg buloh kawasan tu byk pusat judi, warga asing haram yg puak2 ko lindungi..ko siasat bikn ko slh kn org lain..ko ingat puak2 ko amanah sgt ke pd tugas..kwasan aku selalu polis masuk dgn perunda ambik duit plindungan warga asing pati..org mcn ni nk jadi plindung negara..mmf tak lyk lh aton..kmi nk aton ni di tukar n di siasat bhgian disiplin..mmg dia pun terlibat kami rasa..

  7. Tukar, tukar, tukar, pi mai pi mai tang tu jugak?

    Lama sangat dah dengar bende2 ni, haata dibandar2 pekan2 kecil sekalipun, dah jadi budaya agaknya?

  8. Jangan heret nama KPN dan seluruh warga Polis tapi Kpd patut bukti perkara itu benar2 tidak berlaku

Comments are closed.