Home Utama Kita ada mineral bernilai RM4.11 trilion, boleh jadi sumber baharu – Shamsul

Kita ada mineral bernilai RM4.11 trilion, boleh jadi sumber baharu – Shamsul

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr,. Shamsul Anuar Nasarah 9dududk, tengah) bersama barisan pengarang media utama pada Sesi Perjumpaan Bersama Media di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak nilai sumber mineral dalam bumi di negara ini yang masih belum diterokai berjumlah RM4.11 trilion.

Jenis mineral berlogam dianggarkan berniai RM1.03 trilion manakala bukan logam pula RM1.65 trilion diikutu mineral tenaga bernilai RM1.31 trilion dan pasir RM1.31 trilion.

Itu pun penilaian secara kasar dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli perlu melakukan aktiviti pemetaan terperinci bagi mendapatkan deposit sebenar jika mahu diterokai.

Itu pun hanya melibatkan Semenanjung belum lagi hasil mineral di Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya memandang serius penerokaan mineral dan berhasrat menjadikannya sumber baharu kepada negara pada depan.

“Sumber mineral negara penting namun sejak harga timah jatuh, industri mineral tidak berkembang maju sedangkan negara ini kaya dengan sumber mineral,” katanya semasa berucap pada Sesi Perjumpaan Bersama Media di sini hari ini.

Menurut Shamsul Anuar, pihaknya sekarang juga menumpukan sumber baharu iaitu nadir bumi yang semakin diperlukan oleh pemain industri di dunia.

Reserve minyak yang ada hanya bertahan kira-kira 38 tahun termasuk di luar negara, kalau kita masih bergantung kepada industri minyak, di manakah kita pada masa depan?” soalnya.

Justeru, katanya, kementerian akan membangunkan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2020-2030 bagi proses holistik termasuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajan negeri.

Selama ini, industri mineral di negara ini hanya mengeksport dan menjualnya secara mentah sahaja sedangkan sekiranya membabitkan aktiviti hiliran atau nilai tambah, ia mampu dijual pada harga yang jauh lebih tinggi.

“Contoh bauksit di Pahang, kita hanya jual raw sahaja maka berlaku pencemaran dan kita stop tapi kita guna SOP ambil bauksit cuci dengan air sahaja, nilai harganya meningkat 110 kali ganda dalam pasaran,” ujarnya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Buat betul2. Jangan jadi punca pencemaran. Jangan beri pada pengusaha2 dan poltikus yang mau hanya mengkayakan anak beranak. Lagi bagus tubuh koperasi untuk usahakannya. Kalau tak nanti ada saja individu2 yang nak kaup semua.

Comments are closed.