Home Utama Ini dendam politik terhadap saya dan keluarga – Guan Eng

Ini dendam politik terhadap saya dan keluarga – Guan Eng

Lim Guan Eng

BUTTERWORTH- Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa menjadi mangsa politik dendam atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Malah dalam nada emosi beliau mempersoalkan kenapa cubaan menjatuhkannya itu turut menyeret sekali isterinya, Betty Chew.

“Pendakwaan tidak berasas bermotifkan politik, saya susah hati tiada kaitan dengan isteri saya. Jadi mengapa berbuat begini?

“Syarikat Magnificent Emblem Sdn. Bhd. yang disebut dalam pertuduhan ini sebenarnya tidak dapat projek ini. Yang dapatnya melalui tender terbuka adalah syarikat lain.

“Jadinya, mana ada rasuah di sini?” soalnya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Khidmat Bagan sejurus selepas membayar wang jaminan sebanyak RM50,000 di mahkamah hari ini.

Pagi ini, Guan Eng bersama-sama Betty serta ahli perniagaan, Phang Li Koon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan rasuah.

Guan Eng, Betty serta Li Koon masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Setiausaha Agung DAP juga mempersoalkan kenapa perlu ‘memperalatkan’ isterinya yang hanya seorang peguam bertauliah dan hakikatnya langsung tidak bersalah.

“Mereka kaitkan isteri saya kerana mendapat hasil kerjanya sebagai peguam bertauliah. Itu adalah yuran dan beliau juga telah membayar cukai juga. Kalau yuran peguam boleh di jadikkam isu, ini adalah tindakan politik dendam politik.

“Jika dendam sangat, mengapa kenakan isteri saya. Kali ini kita akan lawan dengan lebih tegas, PH dan DAP selama ini telah menentang rasuah, apa yang berlaku ini tidak akan patahkan semangat kami.

“Satu cabaran yang lebih susah kerana melibatkan isteri saya, saya tidak boleh bayangkan permainan sekotor seperti ini,” tegasnya. -MalaysiaGazette

+ posts

6 Komen

  1. Laaa yng tu kau jawab dalam mahkamah lah…pasal yuran guaman tu, Dato’Hafarizam dan TS Shafie pun kena dakwa sbb terima bayaran dari DS Najib…so apa ada heran? Jakel pun kena dakwa padahal depa cuma bekalkan kain jer…tp sebab duit dibayar oleh DS Najib, tetap kena masuk mahkamah…ko ingat ko tokong kira special kah? Laa ni Tommy Thomas & Tipah Koya dah tak de nak selamatkan ko…laa ni AG & Ketua SPRM semua profesional bukan lantikan politik DAP & PKR…rasa lah ko

  2. SPRM tidak terkhilaf mendakwa kleptokrasi penyamun perompak peminta rasuah walaupun guna “emoji” PH menentang rasuah dimana orang kentut pun tidak mengaku apalagi “berak”.
    Lim Guan Eng patut tidak pucat amat takut dengan jenayah dibuat laki-bini, seharusnya harung sahaja liku-liku perbuatan kejam jahat anda seluruh keluarga.
    Rilexlah apek, Najib tu bukan takat bininya habis dikutip anak tiri dan anak sendiri lagi, apek tidak tahu ke jika tidak tahu amat mengejutkan sebab Ada “selit” Surat lepaskan taikun hartanah yang juga sebangsa dengan pendatang.
    Tak adapun Najib kata pendakwaan dia kerana dendam anda Dan Mahathir..

  3. masa Lim Gone End tarah duit petronas, tarah harta TH, tarah harta khazanah semua tu ko tak ingat ke itu duit rakyat… skrg cry cry like a babi… padan muka apa yg bulat dtg bergolek kat ko sekeluarga la hahahaha

  4. ..dengan izin.
    When DSN in court..
    DAP so proud said….THE RULE OF LAW!!

    When LGE in court…
    DAP so LOUD YELING…the is political matters!!!

    ….ermmmmm
    …..DAP@KOMUNISSSS!!

Comments are closed.