Home Nasional Azhar tidak layan kritikan terhadapnya

Azhar tidak layan kritikan terhadapnya

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengambil langkah profesional apabila tidak mahu melayan kritikan yang dilemparkan terhadapnya sepanjang menjalankan tugasnya di Dewan Rakyat.

Azhar berkata, beliau perlu bersikap adil ketika mengendalikan mesyuarat dan akan cuba menambah baik institusi Parlimen.

“Saya cuma melakukan tugas dan saya tidak mahu tindakan saya menjadi polemik.

“Saya tak boleh lakukan itu, saya terima segala kritikan kepada saya. Itu kerja saya,” katanya kepada media ketika ditemui di Bilik Media, di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Azhar berkata, pihaknya sedang meneliti reformasi institusi Parlimen dan akan meneruskan inisiatif yang sesuai dengan perancangan yang lebih rapi dan akan menambah baik segala yang didapati perlu.

“Saya ingin melihat kematangan dalam sesi Dewan yang mulia ini secara berterusan dan saya berterima kasih kepada semua pihak, terutamanya semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang membantu saya melancarkan sidang Dewan yang mulia ini.

“Saya berharap semua bekerjasama dan perkhidmatan cemerlang mereka dapat diteruskan,” tambah beliau. – MalaysiaGazette