Home Nasional Rampas barang penjaja: Datuk Bandar DBKL diminta beri penjelasan

Rampas barang penjaja: Datuk Bandar DBKL diminta beri penjelasan

Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham A. Dahlan telah diminta memberi penjelasan berhubung tindakan penguatkuasa yang merampas barang-barang penjaja di Taman Tasik Titiwangsa, baru-baru ini.

Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa selepas menerima satu video tular warga netizen yang merakam insiden itu dan dikongsi di laman sosial.

“Datuk Bandar Kuala Lumpur diminta memberi penjelasan kepada saya petang ini juga berkaitan video dan peristiwa ini.

“Tugas penguatkuasaan memang perlu namun perlu dipastikan kebijaksanaan dan berhemah dalam menyelesaikan sesuatu..insyallah saya siasat dulu,” katanya dalam ciapan beliau.

Dalam perkembangan sama katanya, tugas penguatkuasaan di ibu negara adalah penting dan perlu dihormati oleh semua.

Pun begitu katanya, perlu ada kebijaksanaan menyelesaikannya.

Katanya, beliau akan mendekati penjaja di Tasik Titiwangsa yang terjejas untuk mendapatkan maklumat lanjut sejurus selepas menerima penjelasan DBKL berhubung kejadian tersebut.

“Selepas saya dapat feedback DBKL nanti Insyaallah saya akan ke Tasik Titiwangsa petang ini dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai,” ujarnya.

Tindakan penguatkuasaan DBKL ke atas penjaja yang tidak berlesen itu menerima kritikan netizen  selepas segala peralatan mereka dirampas.

Pengguna Facebook bernama Cikgu Izzat Johari  memuat naik video yang dirakam netizen berkata: “Walaupun ianya satu kesalahan kepada peniaga yang tidak mempunyai lesen perniagaan, saya rasa pihak DBKL boleh bertimbang rasa untuk mengarahkan peniaga untuk kemas dan balik. Mohon ada sedikit pertimbangan.

“Sudah tiba masanya, pihak DBKL menyediakan tapak berniaga yang lebih banyak kerana pasca Covid-19 ini, ramai yang mencuba nasib untuk berniaga bagi meneruskan hidup,” tegas Cikgu Izzat.-MalaysiaGazette

 

5 Komen

  1. Tak bagi huloq pitih…cuba bagi huloq pitih pendatang asing pun depa kasi berniaga kalau dihuloq pitih….

  2. Manakah hati budi, budi bicara wahai Melayu, x ada perasaan ke dgar kakak tu menangis merayu, di manakah sifat ihsan anda, andainya anda beriman…?

  3. Diharap semoga Tan Sri dpt membantu golongan2 marhaen yg mencari rezeki yg halal utk menyara kehidupan yg serba mencabar skrg ni..klu Menteri sendiri x blh tolong elok lah ltrak jawatan x guna pegang jwtn jika rakyat sendiri x blh dibantu.

  4. jawapan & tindakan TSAM lebih baik dari MBSA terus roboh…kesian peniaga nak cari sesuap nasi

  5. Tindakan yg diluar batas peradaban manusia…peniaga tu bukan pun PATI…masyarakat boleh menilai perbuatan tersebut…dn jgn sampai nanti mengugat cemar imej khususnya DBKL dn KERAJAAN amnya.

Comments are closed.