Home Utama Parti Pejuang Tanahair nama parti baharu Tun M

Parti Pejuang Tanahair nama parti baharu Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad

SLIM RIVER – Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan nama parti baharunya sebagai Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).

Pengumuman itu dibuat pada majlis memperkenalkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Taman Slim Permata di sini malam ini.

Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu berkata, beliau pada mulanya tidak berminat menubuhkan parti baharu namun beliau menjelaskan bekas partinya telah ‘dirampas’ hingga dirinya dan pengasas lain dibuang keahlian walaupun mereka membawa kes itu ke mahkamah.

“Saya dan beberapa pengasas lain Bersatu dikeluarkan dari parti dan kami sudah tidak ada parti tapi dalam PRU (Pilihan Raya Umum), kita perlu parti untuk berjuang bukan untuk pecah belah orang Melayu tapi hendak beri peluang kepada kaum itu bukan untuk parti apa yang dapat.

“Kita tubuhkan parti ini (Pejuang) kerana ingin membersihkan negara,” katanya.

Mahathir menambah, bekas ahli Bersatu yang dikenali Bersatu Blackout kini boleh kembali kerana mereka sudah ada parti semula.

“Pejuang tidak tawar bayaran jadi ahli. Siapa nak masuk, masuklah ahli jadi. Cuma kami tiada ada wang nak tabur.

“Di Sabah kalau tidak wang kenapa mereka (ADUN) nak lompat.
Di Slim kita bukan keturunan katak,” katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Pejuang yang diasaskan oleh bekas enam ahli Parlimen Bersatu menamakan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai calon mereka atas tiket bebas.

Turut hadir bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Marzuki Yahya.

Hadir sama adalah pemimpin dari parti komponen Pakatan Harapan seperti Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tun M anggap parti baharunya sebagai parti pejuang

9 Komen

  1. Lau nak citer pejuang ni… tak yah lah nak parti2.. setiap rakyat terutama ‘breadwinner’ adalah pejuang.. senang setiap org adalah pejuang.. berjuang utk sesuap nasi, berjuang utk lulus periksa, berjuang utk bayar hutang.. yg dia ni berjuang utk apa…, tak yah nk ajar orglah nak berjuang..

  2. ROS perlu alert nama-nama party Dan pertubuhan yang memaparkan mama, jangan main kaut jer, contohi Dan belajar dengan SSM menggunakan kuasanya untuk menasihati nama-nama syarikat sebelum diluluskan.
    Jika nama itu diluluskan juga ROS harus menghalang menggunakan perkataan PEJUANG mungkin boleh dibenarkan ParPUTar atau Pejutair.
    Jangan ikut kemaruk.

  3. Bubar Umno masa PM4
    Buat Umno Baru 1988
    Keluar Umno
    Masuk balik Umno masa Pak Lah
    Keluar Umno masa Najib
    Jadi pejuang jalanan bersama Bersih DAP PKR
    Tu uh Ppbm jadi Pengerusi
    Pecah belah kan orang Melayu supaya DAP PKR
    Amanah menang Pru14 dengan pelbagai pembohongan. Jadi lah pencacai DAP
    Belot pada janji Bubar Kerajaan PH
    Bravo…
    Letak jawatan PM7 lobi jadi PM8
    Orang tamak tak selalu untung
    Terlepas PM8 mau jadi PM9
    Membuang diri sendiri dari Ppbm
    Tuduh orang Sebagai pengkhianat
    Undang2 parti sendiri ubah
    Sama macam senjata Makan tuan
    Disana tak terima disini dibenci
    Terpaksa buat Parti acuan sendiri
    Parti Pejuang Tanahair
    Bila pula Negara sedang berperang
    ROS kena kaji nama yang bersifat radcal ini
    Akhirnya tercapai Cita2 jadi parti Anak beranak
    Parti nepotism mcm DAP PKR
    Chairman President Anak beranak
    Yang lain diterajui kroni
    Tujuan utama : memecahbelahkan orang melayu
    Dan menjadi proxy DAP dan bersama2 menyamun negara selama2nya.
    Kisah seribu satu Malam Di Malaysia

  4. parti politik tumbuh dh mcm kedai kuda, tubuh parti jet perjuang pulak…siapa lah punya idea…brp lama tahan..

Comments are closed.