Selepas Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000, pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu berdepan pula dengan saman yang difailkan penduduk pekan itu.
Penduduk dan pemilik kedai di pekan Napoh akan memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, bagi menuntut kerugian selepas mereka terkesan dengan kluster Sivagangga.