SHANGHAI – Kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan di Laut China Selatan semalam, katanya dalam satu kenyataan.
Armada yang diketuai USS Ronald Reagan itu mengadakan operasi penerbangan dan latihan operasi kestabilan maritim peringkat tinggi.
“Integrasi dengan rakan-rakan kongsi kami adalah penting bagi memastikan tahap respon dan keupayaan operasi bersama kami berada di paras tertinggi di samping mengekalkan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka,” kata Komander Tentera Laut AS, Joshua Fagan.
Latihan tersebut diadakan ketika ketengangan antara AS dan China sedang memuncak apabila Washington mengkritik Beijing berhubung maklum balas koronavirus serta menuduh negara tersebut mengambil kesempatan daripada pandemik untuk memberi tekanan terhadap tuntutan wilayah di Laut China Selatan dan kawasan lain.- Agensi