WASHINGTON – Bank Dunia mengekalkan unjuran pertumbuhan global tahun ini akan bertambah baik kepada 2.7 peratus, didorong oleh peningkatan sektor pengilangan dan perdagangan, keyakinan pasaran yang lebih baik dan pemulihan harga komoditi.
Unjuran Bank Dunia pada 2017 terhadap pertumbuhan global sebanyak 2.7 peratus adalah lebih baik berbanding anggaran 2.4 peratus untuk 2016, angka yang meningkat sebanyak 10 mata peratusan sejak Januari.
Menurut Bank Dunia, negara-negara maju menunjukkan tanda-tanda yang lebih baik terutama Jepun dan Eropah manakala tujuh pasaran pesat membangun seperti China, Brazil, Mexico, India, Indonesia, Turki dan Rusia sekali lagi akan membantu pertumbuhan global.
“Walaupun tidak kukuh namun pemulihan sebenar sedang berlaku dan negara-negara perlu menggunaka peluang ini untuk melakukan reformasi institusi dan pasaran supaya boleH menarik pelaburan swasta untuk membantu mengekalkan pertumbuhan pada jangka masa panjang,” kata Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim dalam satu kenyataan.- MalaysiaGazette