Home Nasional DBKL diberi masa 14 hari pastikan 40 penjaja berniaga sah di Tasik...

DBKL diberi masa 14 hari pastikan 40 penjaja berniaga sah di Tasik Titiwangsa

Tan Sri Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diberikan tempoh 14 hari untuk mencari kaedah terbaik memastikan semua peniaga tepi jalan diberi peluang berniaga secara sah di Taman Tasik Titiwangsa.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, perkara itu telah dibincangkan secara mendalam bersama Pengarah Eksekutif DBKL yang bertanggungjawab dalam isu tersebut.

“Setelah berbincang dengan Pengarah Eksekutif DBKL, saya berikan 2 minggu (tempoh) untuk diusahakan (jalan penyelesaian) supaya semua 40 yang ingin berniaga secara sah di Tasek Titiwangsa diberi peluang berniaga,” katanya dalam akaun Twitter.

Justeru beliau memohon kerjasama semua peniaga yang terlibat supaya mematuhi peraturan menjaja yang ditetapkan DBKL di kawasan rekreasi itu selain disaran menjaga kebersihan sekeliling sepanjang waktu operasi.

Sebelum ini rampasan barang perniagaan yang dilakukan penguatkuasa DBKL menarik perhatian Ahli Parlimen Ketereh itu.

Annuar Musa telah bertemu dengan penjaja terbabit dan memberi menjamin satu penyelesaian terbaik untuk memastikan mereka diberi peluang berniaga di Tasik Titiwangsa secara sah. -MalaysiaGazette

 

Rampas barang penjaja: Datuk Bandar DBKL diminta beri penjelasan

3 Komen

  1. Peniaga yg semuanya anakĀ² bangsa sendiri hampa halang berniaga… Habih tu nk cari duit dinegara mana lagi utk sara keluarga.. Inilah negara tumpah darah depa. Pihak berkuasa sepatutnya menjadi pemudahcara, bukannya menyusahkan rakyat.
    Moga TSAM dpt mencari penyelesaian terbaik utk bantu rakyat.

Comments are closed.