Home Politik Yang ‘boo’ tak nampak penyatuan Islam dan Melayu – KJ

Yang ‘boo’ tak nampak penyatuan Islam dan Melayu – KJ

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (tiga dari kiri) bersama calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz (kiri) meyantuni penduduk Felda Gunung Besout 2 ketika sesi walkabout Ziarah kasih calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 Slim di Felda Gunung Besout 2, Perak. MOHD ADZLAN, 16 OGOS 2020.

SLIM RIVER – Tindakan sekumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) yang ‘boo’ wakil Armada tidak menggambarkan hubungan antara parti dalam kerajaan sedia.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan itu mungkin terdapat elemen yang sengaja untuk mencetuskan kontroversi.

Malah tegas beliau, kumpulan itu tidak nampak matlamat yang lebih besar penyatuan umat Islam dan bangsa Melayu melalui Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Berapa orang yang tidak boleh menggambarkan sebenarnya hubungan antara parti-parti mendukung kerajaan yang sedia ada seperti BN, Pas dan Bersatu.

“Mungkin ada elemen yang mereka sengaja hendak cetuskan kontroversi atau tidak nampak matlamat yang lebih besar penyatuan umat Islam dan bangsa Melayu melalui MN dan PN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media hadir makan tengahari bersama Jentera Ziarah Kasih di PDM Felda Besout 2 di Trolak hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan sekumpulan penyokong BN pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, semalam.

Ketua Armada Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh yang berada di atas pentas ketika itu dan ditemui media berkata, partinya tidak mengambil hati dan berlapang dada dengan insiden yang berlaku itu.

Dalam kejadian itu, beliau di ‘boo’ ketika berada di atas pentas setelah diperkenalkan oleh Pengerusi Pemuda BN Nasional, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersama wakil parti komponen iaitu Pemuda MCA, MIC dan Pas.

Beliau juga turut disorak apabila Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut nama sayap Bersatu itu. – MalaysiaGazette

+ posts

1 Komen

Comments are closed.