Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sedia berbincang dengan UMNO bahagian itu sekiranya ada pertukaran pemimpin dan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, hal dalaman bahagian parti itu biarlah dirunding secara adik-beradik untuk membuat keputusan.