Home Ekonomi Bursa catat aliran masuk bersih selepas 25 minggu

Bursa catat aliran masuk bersih selepas 25 minggu

KUALA LUMPUR – Buat kali pertama sejak pertengahan Februari, Bursa Malaysia merekodkan aliran keluar bersih RM274.4 juta minggu lalu berbanding purata mingguan, RM776.1 juta pada awal tahun ini.

Ia merekodkan aliran masuk bersih pertama kali selepas 25 minggu berturut-turut mencatatkan penjualan asing bersih.

MIDF Research berkata, setakat ini, pelabur-pelabur asing telah menjual RM19.7 bilion.

Sebagai perbandingan dengan enam pasaran Asia yang lain, Malaysia masih merekodkan aliran keluar bersih keempat paling kecil tahun ke tahun.

Ketika pasaran dibuka semula pada hari Isnin minggu lalu, pelabur-pelabur asing membeli RM54.6 juta ekuiti tempatan – permulaan kepada trend belian bagi minggu tersebut.

Firma penyelidikan itu menambah, aliran masuk bersih asing meningkat kepada RM105.4 juta dan RM197.61 juta masing-masing pada Khamis dan Jumaat minggu lalu dengan aliran keluar bersih terbesar minggu ini pada hari Selasa.

MIDF Research berkata, pelabur asing menjadi pembeli bersih didorong oleh sentimen positif pada pakej rangsangan Amerika Syarikat (AS), dengan angka pengangguran yang lebih baik daripada yang dijangkakan, melepasi konsensus sebanyak 2.6%.

Selai itu, berita positif dalam sektor minyak dan gas EIA melaporkan pengurangan stok minyak mentah dua kali berturut-turut kepada 7.4 juta dan 4.5 juta untuk dua minggu terakhir.

Pada hari Selasa, satu-satunya aliran keluar asing untuk minggu ini, pada RM103.3 juta, susulan pengumuman data ekonomi Malaysia, Output Pembinaan, dan Jualan Runcit yang merekodkan penyusutan -44.9% dan -9.2 berbanding -10% dan 3.5%.

Menurutnya, Malaysia merekodkan aliran masuk pelabur asing tertinggi manakala Thailand pula mencatatkan aliran keluar terbesar.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit mencatatkan penurunan mingguan 28.8% secara purata nilai purata dagangan harian (ADTV) kepada RM6.02 bilion sementara pelabur asing mengalami paling sedikit penurunan ADTV mingguan sebanyak 14.47% kepada RM1.43 bilion. – MalaysiaGazette