Home Nasional ADUN Sabah tiba di kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dengan wajah ceria

ADUN Sabah tiba di kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dengan wajah ceria

Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah menunjukkan tanda 33, isyarat simbolik bilangan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

KOTA KINABALU – Sekurang-kurangnya 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong kepimpinan Tan Sri Musa Aman tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 9.50 pagi dengan wajah ceria.

Mereka menunjukkan tanda 33, isyarat simbolik bilangan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

KIra-kira pukul 10 pagi ini, prosiding prosiding pendengaran lanjut cabaran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di hadapan Hakim Pesuruhjaya Tinggi Tinggi, Leonard Chin.

Peguam mewakili gabungan Tan Sri Musa Aman, Tengku Fuad Tengku Ahmad tiba pada jam 8.40 pagi manakala kelibat pasukan Peguam Besar Negeri Sabah kelihat lebih awal, iaitu 8.10 pagi.

Pendengaran hujah dijadualkan berlangsung di Bilik Bicara Mahkamah Tinggi juga menghadkan kehadiran orang awam, media dan pengamal undang-undang berikutan pandemik Covid-19.

Untuk makluman, semakan kehakiman telah berlangsung di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu melibatkan cabaran yang dilakukan Musa terhadap pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 30 Julai lalu.

Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu

Sebelum ini Musa yang merupakan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa menyerahkan 33 Akuan Bersumpah (SD) yang dilakuka pada ADUN terbabit kepada Juhar.

SD berkenaan adalah bukti yang mengesahkan 33 ADUN berkenaan menarik balik sokongan yang diberikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini.

Bagaimanapun DUN Sabah dibubarkan selepas Shafie mendapat perkenan Juhar.

Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh mendengar hujah dan cabaran yang dikemukakan Musa terhadap pembubaran DUN Sabah.

Sebanyak 73 kerusi DUN akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri Sabah berbanding 60 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Timbalan Pengerusi Suruhajanya Pilihan Raya, Dr Azmi Shahrom akan mengadakan sidang media pada jam 4 petang ini berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.