Home Ekonomi Harga minyak melonjak menjelang pertemuan OPEC

Harga minyak melonjak menjelang pertemuan OPEC

SINGAPURA – Harga minyak melepasi AS$42 setong di New York menjelang pertemuan OPEC dan sekutunya minggu ini bagi menilai perjanjian bekalan bahan bakar itu ketika banyak negara bergelut dengan pandemik Covid-19 yang telah melumpuhkan ekonomi dan permintaan minyak global.

West Texas Intermediate bagi penghantaran September naik 0.8% kepada AS$42.35 setong di New York Mercantile Exchange selepas kerugian 1.6% pada dua sesi sebelumnya.

Brent juga naik 0.6% kepada AS$45.06 pada ICE Futures Europe setelah merosot 0/4% pada hari Jumaat.

Niaga hadapan minyak jatuh 0.7% kepada 280.3 yuan di Shanghai International Energy Exchange, selepas merekodkan kenaikan 0.2% minggu lalu.

OPEC dan sekutunya sedang merancang untuk kembali mengeluarkan 1.5 juta tong sehari pada bulan ini selepas mengurangkan 10% bekalan global ekoran penurunan permintaan ekoran pandemik Covid-19.

Eksport minyak dari Oman susut 14% pada bulan Julai berbanding sebulan sebelumnya, menurut kenyataan dari Kementerian Minyak dan Gas.

Iraq juga telah membuat komitmen untuk tidak melaksanakan pemotongan output yang mendalam. – MalaysiaGazette

+ posts