Home Nasional Pulau Pinang tak benarkan kemasukan pelancong perubatan

Pulau Pinang tak benarkan kemasukan pelancong perubatan

Chow Kon Yeow.

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membenarkan kemasukan pelancong perubatan ke negeri itu buat sementara waktu.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, larangan pesakit kategori Pelancongan Kesihatan ke negeri itu ditetapkan sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) baharu.

“Malah Setiausaha Kerajaan Negeri telah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat teknikal membabitkan pelbagai agensi pada petang ini untuk menguruskan isu terbabit dengan lebih lanjut bagi menjamin keselamatan rakyat Pulau Pinang secara menyeluruh.

“Justeru, kerajaan negeri menegaskan bahawa semua agensi berkaitan dengan sektor Kategori Pelancongan Kesihatan adalah diwajibkan untuk memberi segala makluman serta maklumat kepada Kerajaan Negeri.

“Tindakan ini penting supaya kita dapat bersama-sama menguruskan isu ini dengan lebih berkesan dan kerajaan negeri komited untuk terus memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat negeri ini terus terjamin pada tahap optimum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kon Yeow, ketetapan itu dibuat semasa hari ini semasa beliau mempengerusikan mesyuarat tergempar berhubung isu kemasukan tiga pesakit warganegara Indonesia pada minggu lalu bagi mendapatkan rawatan lanjut di hospital swasta negeri Pulau Pinang.

Tambah beliau, perbincangan utama adalah bagi mendapatkan penjelasan lanjut isu berkaitan dengan turut menyentuh mengenai SOP ditetapkan sebelum ini di peringkat Pusat berhubung kemasukan pesakit di bawah sektor Kategori Pelancongan Kesihatan ke negara ini khususnya Pulau Pinang.

“Beberapa ketetapan telah dipersetujui pada mesyuarat berkaitan, iaitu kerajaan negeri telah diberi penjelasan lanjut berhubung ketibaan dua pesakit kanser dan seorang pesakit yang memerlukan rawatan pada kadar segera dari Indonesia ke Pulau Pinang pada 14 Ogos 2020 menerusi pesawat khas sebagaimana ditetapkan dalam SOP agensi Pusat.

“Namun, kerajaan negeri berasa amat kesal kerana kami langsung tidak dimaklumkan berhubung ketibaan pesakit-pesakit berkenaan secara ‘tiba-tiba’ ke negeri ini.

“Kerajaan Negeri turut dimaklumkan bahawa kesemua mereka telah mematuhi semua SOP yang ditetapkan agensi-agensi berkaitan termasuk Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) dan Jabatan Imigresen,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata Kon Yeow, kerajaan negeri mengambil maklum bahawa KKM akan merumuskan SOP sektor Kategori Pelancongan Kesihatan.

Berikutan itu, tambah beliau, pihaknya tidak membenarkan kemasukan pesakit di bawah kategori ini sehingga SOP baharu dimuktamadkan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Nampaknye ade twrdapat keliru atas kuase menentukan policy kerajaan.isu berkaitan kuase kerajaan Pusat dengam kuase kerajaan Negeri dlm policy teetentu. Ade perkara2 yg diberi kuase autonomy kpd negeri2 dlm perkara2 tertentu yg termaktub dlm federal constitution.Yg tak dijelaskan adekah Nsgeri2 blh membuat policy mereka sendiri? Jika iya, make apekah peranan kerajaan pusat, blh kak negeri overide kerajaan pusat? Kita ade 14 negeri diMalaysia dan blh kah negeri2 ini membuat policy2 yg berbedza2?

Comments are closed.