TERKINI : ‘Isu Surat Sokongan’ Wan Fayhsal Yakin Tak Bersalah

PETALING JAYA – Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan dirinya membuat sebarang kesalahan dengan berjanji untuk mengeluarkan surat sokongan bagi memudahkan ahli-ahlinya berurusan terus dengan kerajaan.

Beliau juga turut menolak dakwaan beliau memenangi kerusi Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) disebabkan oleh tersebarnya video berkenaan di media sosial.