KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Perindustrian Utama, Teresa Kok hari ini mendakwa Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tidak menjalani kuarantin diri sendiri selepas pulang dari luar negara.
Di Dewan Rakyat, Teresa berkata, Khairuddin ada berkunjung ke Turki pada awal Julai dan melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
“Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi pergi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi pada 13 haribulan dia datang ke parlimen.
“Kita tahu semua orang yang berkunjung ke luar negara harus dikuarantin selama 14 hari (selepas pulang).
“Sekarang ni ada menteri Kabinet tak ikut (peraturan yang ditetapkan),” katanya hari ini.
Awal Jun lalu, semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak perlu lagi menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin sebaliknya boleh berbuat demikian di rumah masing-masing.
Pelaksanaan itu bermula bermula 10 Jun lalu. – MalaysiaGazette