Seorang bekas yang berjawatan pengurus kanan Lembaga Tabung Haji (TH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM170,477 pada 2015 dan 2018.
Tertuduh, Zaharuddin Hamid membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayub sebentar.
Zaharuddin yang pernah menjadi pengurus kanan teknial untuk unit Pembagunan Hartanah Tabung Haji juga kelihatan menundukkan kepala ketika pertuduhan itu dibacakan.
Tertuduh didakwa telah menerima suapan daripada Yusaidi Mohd melalui syarikat Amaneez Creative Solution menggunakan cek yang didepositkan ke dalam sebuah akaun Maybank milik kakaknya, Zanita Hamid.