Home Nasional Lelaki didakwa khianat bakar kitab di Masjid Tengkera

Lelaki didakwa khianat bakar kitab di Masjid Tengkera

Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

MELAKA – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar senaskhah kitab di Masjid Tengkera, minggu lepas.

Tertuduh, Mohamad Azahar Ramlan Ragawan, 35, yang bekerja sendiri, didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat mengakibatkan kebinasaan dan kerosakan pada kitab dan permaidani masjid tersebut di Jalan Tengkera di sini, pada 4.08 petang, 11 Ogos lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 435/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Norma Ismail membenarkan lelaki itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Sept depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

— BERNAMA