Terdapat satu kes baharu Kluster Tawar dan dua kes baharu untuk Kluster Sala dilaporkan di negeri Kedah dalam perkembangan terbaharu Covid-19 di dalam negara pada hari ini.
Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata bagi satu kes terbaharu kluster Tawar itu menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 bagi kluster ini sebanyak 47 kes.