Home Politik PRN Sabah: Wajibkan SD halang lompat parti

PRN Sabah: Wajibkan SD halang lompat parti

Ahmad Farid Sainuri, Presiden Majlis Belia Sabah

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Sabah menggesa setiap parti yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah untuk mewajibkan setiap calon menandatangani Akaun Bersumpah (SD) untuk terus bersama kem masing-masing.

Presidennya, Ahmad Farid Sainuri berkata, meskipun lompat parti masih dalam ruang lingkup demokrasi namun intergriti tidak harus didagangkan semudah itu terutamanya apabila melibatkan mandat rakyat.

“Dalam amalan demokrasi, apa yang lebih penting adalah aktiviti semak dan imbang (check and balance), bukannya keghairahan untuk mendapatkan jawatan dan memenangi kepentingan tertentu.

“MBS menyeru untuk mana-mana calon yang bakal bertanding di PRN Sabah bersedia untuk menjadi wakil rakyat di pihak kerajaan yang produktif atau pun wakil rakyat di pihak pembangkang yang mampu membangkang dengan efektif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette