Home Utama Dr. Noor Hisham dinobat Tokoh Maal Hijrah 1442H

Dr. Noor Hisham dinobat Tokoh Maal Hijrah 1442H

KUALA LUMPUR – Selepas dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri beberapa hari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H.

Susulan pembatalan sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang kebiasaanya diraikan secara besar-besaran setiap tahun akibat pandemik, berita gembira tersebut diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui satu kenyataan yang turut dikongsikan melalui platform-platform media sosial.

“Dengan itu, setelah meneliti dan berta’kul dari segenap sudut, dengan mengharapkan ilham dari Ilahi, dengan mewakili Kerajaan Malaysia, saya mengumumkan bahawa Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1442 H,” katanya.

Berita penganugerahan Tokoh Maal Hijrah kepada Panglima Perang Covid-19 itu disambut baik oleh rakyat Malaysia yang sememangnya mengagumi kewibawaan dan komitmen Dr. Noor Hisham di dalam mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Dalam kenyataan yang sama, Zulkifli turut mengumumkan, Sheikh Universiti Al Azhar, Imam Al-Akbar Syeikh Dr. Ahmad Muhammad Al-Toyyib sebagai penerima Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada tahun ini.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. He deserves it for his total dedication toward the task given to him by the government. I hope he will one more award from UN.

Comments are closed.