KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Amanah Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli hari ini menafikan khabar angin, kononnya enam ahli Parlimen dari parti itu dijangka akan keluar parti dan menyertai Bersatu, seperti dilapor sebuah portal.
Bercakap kepada Bernama, Mohd Hatta berkata, perkara itu tidak boleh dipercayai sama sekali
“Tak boleh percaya…’no such thing’..tak ada pun (keluar parti),” katanya.
Terdahulu portal tersebut yang memetik sumber melaporkan, enam ahli Parlimen berkenaan akan menyertai Bersatu dalam masa terdekat, untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengelakkan krisis politik kembali berulang.
Menurut rekod, parti itu mempunyai 11 orang ahli Parlimen.
— BERNAMA