KUALA LUMPUR – Pengacara Awal Ashaari selamat menjalani pembedahan bagi membuang hempedunya di sebuah pusat perubatan hari ini.
Berita itu dimaklumkan oleh suami pelakon Scha Alyahya di laman sosial Instagram miliknya.
Awal kini berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan selama sejam membuang hempedu yang dipanggil Gallbladder.
Awal akan berehat selama seminggu sebelum kembali mengacarakan program Melodi terbitan TV3. – MalaysiaGazette