Home Seni Hidup Sheikh Muszaphar dedah jantina kembar

Sheikh Muszaphar dedah jantina kembar

Foto Instagram, Dr Sheikh Muszaphar.

KUALA LUMPUR – Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi berita gembira apabila beliau dan isteri, Dr Halina Mohd. Yunos bakal menimang sepasang kembar lelaki dan perempuan.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Sheikh Muszaphar turut berkongsikan gambar imbasan kandungan memaparkan jantina lelaki serta perempuan.

Difahamkan, usia kandungan anak kembarnya itu sudah memasuki bulan keenam.

Dalam pada itu, beliau turut memohon kepada orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan isterinya serta anak dalam kandungan dan dipermudahkan proses kehamilan.

Jun lalu, Sheikh Muszaphar mengumumkan dia dan Halina bakal menimang cahaya mata ketiga mereka iaitu anak kembar buat kali kedua.

Muszaphar dan Halina mendirikan rumah tangga pada 2010.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah. – MalaysiaGazette