Home Sukan Gaji Henderson bakal £100,000 seminggu

Gaji Henderson bakal £100,000 seminggu

Dean Henderson.

LONDON – Rundingan antara Manchester United dan Dean Henderson mengenai lanjutan kontrak baharu kini di peringkat akhir.

Pemain berusia 23 tahun itu dilaporkan hampir menandatangani perjanjian jangka panjang dengan tawaran gaji bernilai lebih £100,000 seminggu.

Jumlah tersebut menjadikan dia yang dipinjamkan ke Sheffield United sebagai salah seorang penjaga gawang yang menerima pendapatan tertinggi di dunia.

Henderson turut mengucapkan selamat tinggal kepada Sheffield di laman sosial sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa dia bakal kembali membarisi skuad utama United untuk musim 2020/2021.

Dia yang merupakan bekas pemain akademi United untuk dua musim terakhir telah dipinjamkan ke Sheffield untuk mendapatkan minit permainan yang lebih di peringkat senior.
Di Sheffield, Henderson telah menunjukkan prestasi cemerlang apabila telah dinobatkan sebagai salah satu penjaga gol terbaik di Liga Perdana Inggeris musim ini.
Kontrak Henderson di Old Trafford akan berakhir pada tahun 2022. – MalaysiaGazette