JAKARTA – Gempa dengan 6,9 skala Richter melanda Laut Banda di Indonesia pada hari ini, kata Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC).
Gempa itu pada kedalaman 640km tetapi tidak memberi ancaman kepada tsunami, kata Penyedia Perkhidmatan Tsunami Indonesia.
Di Kota Kupang, jauh di selatan pusat gempa di Laut Banda, penduduk lari ketakutan keluar ketika bangunan dan lampu jalan bergoyang.
“Saya berada di pusat membeli-belah ketika gempa itu melanda,” kata seorang penduduk, Engky Nussi sambil menambah barang-barangan terjatuh dari rak.
Bagaimanapun, Geologikal Amerika Syarikat berkata, gempa bumi dengan kedalaman berkenaan akan menyebabkan kurang kerosakan.
”Kami tidak menerima sebarang laporan kerosakan,” kata Agensi Geofizikal, Perubahan Iklim dan Meteorologi.
Ini merupakan gempa bumi kedua selepas gegaran dengan 6.9 skala Richter melanda Indonesia dua hari lalu. – MalaysiaGazette