KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN) sekali lagi menegaskan beliau memberi perhatian serius terhadap mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan aksi-aksi tarian atau lain-lain dalam aplikasi TikTok atau mana-mana aplikasi media sosial terkini.
Ini kerana, kata Tan Sri Abdul Hamid Bador, aksi-aksi berkenaan memburukkan imej pasukan polis.
Selain itu tegasnya, aksi-aksi itu juga tidak sopan.
Oleh itu, katanya, persembahan menggunakan uniform polis bagi tujuan persembahan pentas atau tontotan umum mestilah mendapat kelulusan pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia terlebih dahulu dan bukan dengan tujuan peribadi.
“Saya akan memberi perhatian serius mengenai perkara ini,” katanya. – MalaysiaGazette