Bersatu berasa pelik dengan tindakan calon Bebas yang mewakili parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tetap bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ini kerana keputusan DUN itu sudah pasti akan dimenangi oleh Barisan Nasional (BN).