JAKARTA – Indonesia mencatatkan 2,037 kes baharu positif Covid-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah 153,535.
Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, negara itu juga merekodkan 86 kematian terbaharu Covid-19 hari ini menjadikan angka keseluruhan korban adalah 6,680, lapor Reuters.
Ia merupakan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 yang dicatatkan di rantau Asia Tenggara.- MalaysiaGazette