Home Politik Macam mana kamu bentuk kerajaan? Kami curi wakil rakyat, seloroh Mat Sabu

Macam mana kamu bentuk kerajaan? Kami curi wakil rakyat, seloroh Mat Sabu

Presiden Amanah, Mohamad Sabu bermesra dengan penduduk ketika hadir pada Ceramah Perdana sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Pekan Slim, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 23 OGOS 2020.

SLIM RIVER – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu tidak dapat membayang situasi pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menerangkan bagaimana mereka memperoleh tampuk pemerintahan Putrajaya.

Dalam nada seloroh Mat Sabu berkata, negara luar belum mengetahui dengan lanjut mengenai situasi sebentar politik negara ekoran serangan pendemik Covid-19 di seluruh dunia.

“Sekarang ini pendemik ini tidak boleh keluar negara lagi, kalau pergi ke sidang antarabangsa contohnya di Geneva, London, New York, Hong Kong mereka akan tanya (Perdana Menteri) macam mana kamu peroleh kerajaan.

How do you form your government? Kami curi-curi wakil rakyat. Oh begitu,” katanya dalam siri ceramah perdana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim Perak, sebentar tadi.

Turut hadir calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, bakal Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Mat Sabu berkata, dengan perkembangan terkini sokongan kerajaan Perikatan Nasional di Dewan Rakyat menjadikan ia goyah dengan hanya mampu meraih 111 undi.

“Jadinya kerajaan tidak boleh berfungsi sebab kerajaan ini paling tidak stabil. Kita boleh tengok dalam Parlimen ucapan kalau Ahli Parlimen Padang Rengas kata ini kerajaan yang bukan mendapat mandat rakyat,” katanya lagi.

Pada Isnin lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan semula peruntukan perbelanjaan) 2020 bagi perkhidmatan tahun ini sebanyak RM7,184,083,200 secara undi belah bahagi.

RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 21 Julai lalu itu diluluskan selepas mendapat 111 undi menyokong daripada 217 Ahli Parlimen yang hadir. – MalaysiaGazette